HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 September 2018

Buktikan Najib bukan ’seorang pencuri’ 20 September 2018 AddThis Sharing Buttons Share to FacebookFacebookShare to TwitterTwitterShare to WhatsAppWhatsAppShare to EmailEmailShare to MoreMore Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Tun Razak (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menggunakan peluang membela diri di mahkamah untuk membersihkan namanya. Bekas perdana menteri itu yang berdepan pertuduhan rasuah dan pertuduhan pengubahan wang haram berkata beliau yakin dapat membuktikan dirinya bukan "seorang pencuri". “Saya yakin perjalanan kes ini membuka ruang untuk membersihkan nama dan kebenaran dapat ditegakkan," katanya selepas selesai prosiding pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Najib hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yang sama. Beliau dibenar dibebaskan dengan jaminan RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan. Najib sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada Julai dan Ogos lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 Oktober. - Bernama

SINAR HARIAN

Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menggunakan peluang membela diri di mahkamah untuk membersihkan namanya.

Bekas perdana menteri itu yang berdepan pertuduhan rasuah dan pertuduhan pengubahan wang haram berkata beliau yakin dapat membuktikan dirinya bukan "seorang pencuri".

“Saya yakin perjalanan kes ini membuka ruang untuk membersihkan nama dan kebenaran dapat ditegakkan," katanya selepas selesai prosiding pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yang sama.

Beliau dibenar dibebaskan dengan jaminan RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan.

Najib sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada Julai dan Ogos lepas dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 Oktober. - Bernama

Tiada ulasan: