HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 September 2018

Empat bulan jadi MB, Faizal masih sesuaikan diri Aedi Asri & Anne Muhammad | Diterbitkan 14 Sep 2018, 8:50 pagi | Dikemaskini 14 Sep 2018, 8:48 pagi WAWANCARA | Sebut saja nama Ahmad Faizal Azumu, perkara pertama yang disebut orang yang mengenalinya barangkali tentang perwatakannya yang bersahaja dan penuh humor. Dan kini orang ramai, terutama yang mengikuti perkembangan politik dan isu semasa, juga akan berkata demikian tentang susuk berusia 48 tahun lalu. Tarikh 12 Mei 2018 - beberapa hari selepas PRU ke-14 yang penuh bersejarah - benar-benar mengubah hidupnya apabila mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak. Empat bulan memegang jawatan itu, anak kelahiran Ipoh itu mengakui masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan awam yang serba baru untuknya, pada masa sama cuba menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin. "Bukan senang nak biasakan diri, saya faham perasaan menteri pertahanan kita Mat Sabu yang juga mengaku sukar untuk membiasakan diri dengan protokol. Saya tidak terlalu asing dengan protokol tetapi pembawaan diri saya memang selalu bersahaja. "Saya pernah main telefon dan goyangkan kaki ketika di pentas sehigga ditegur 'YB tolong jangan goyang kaki'. Jadi saya berhentilah," katanya sambil ketawa, semasa wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, minggu lalu. Bagaimanapun, katanya lagi, itu hanyalah pembawaan dirinya dan beliau tetap serius dalam soal-soal penting seperti ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat dan DUN serta mengendalikan mesyuarat. "Sekarang mungkin ramai yang kata 'dia patut lebih serius' tapi boleh tengok saya di Dewan Rakyat misalnya, saya agak serius." Faizal adalah sejumlah kecil yang menjadi wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan, iaitu di DUN Chenderiang dan Parlimen Tambun. Pada PRU ke-14, Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak mendapat 29 kerusi DUN manakala BN (27) dan PAS (3). Ia mencetuskan kebuntuan kerana tiada pihak yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. BN pada mulanya cuba membentuk kerjasama dengan PAS tetapi tidak terlaksana. Isu itu akhirnya selesai selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal yang juga pengerusi HARAPAN Perak sebagai menteri besar. Justeru tidak hairan apabila jawapannya ketika ditanya tentang pencapaian terbesarnya setakat ini adalah "berjaya menubuhkan kerajaan negeri." "Berjaya mengumpulkan sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri kemudian melantik barisan exco untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, dan kemudian memastikan kami dapat bekerja dalam satu pasukan." Seterusnya, katanya lagi, mereka perlu mendapatkan kerjasama pegawai kerajaan negeri dan membuat penambahbaikan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri. "Kerajaan BN dulu pun berdepan masalah untuk melakukannya walaupun sudah lama mentadbir. Bayangkan kami yang baru setahun jagung," katanya sambil mengatakan setakat ini mendapat kerjasama yang baik daripada penjawat awam negeri. Pada Jun lalu, beliau memecat tujuh pegawai eksekutif sebuah GLC negeri lantikan pentadbiran lalu dan membangkitkan jumlah kakitangan GLC negeri yang menurutnya terlalu ramai dan ada yang dilihat tidak begitu diperlukan. Antara kritikan yang diterimanya pula adalah berkaitan tanggapan beliau bersikap lunak dengan lantikan politik BN, apabila berkata tidak tergesa-gesa untuk membuang mereka daripada GLC negeri "tanpa melihat keupayaan mereka." Selain itu, beliau melantik bekas pemimpin Umno Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat menteri besar bertaraf exco. Zainol adalah ADUN Sungai Manik dan merupakan salah seorang wakil rakyat BN yang mengisytiharkan sokongan kepada Faizal. Beliau kemudian keluar Umno untuk menyertai BERSATU. Mengulas perkara itu, Faizal menyifatkan dirinya mengamalkan "politik kasih sayang" dan bukan berdasarkan dendam. "Kita cakap tentang Malaysia Baru, nak selamatkan negara...Kita tak boleh nak hukum orang tak tentu pasal apatah lagi jika orang itu menjalankan tugas dengan baik. "Umno telah gagal untuk menjalankan peranan mereka maka mereka beralih ke HARAPAN, dan saya percaya kalangan mereka juga cintakan negara ini," katanya lagi. 'Tidur lena setiap malam' Untuk rekod, Faizal hanya satu-satunya ADUN BERSATU di negeri itu. DAP memegang 18 kerusi DUN, PKR (6) dan AMANAH (4). Namun perjanjian antara komponen HARAPAN telah bersepakat bahawa pentadbiran Perak akan diketuai BERSATU. Ditanya apakah ia menyebabkan keputusan kerajaan negeri akan didominasi parti lain, beliau menolak perkara itu. Beliau juga menolak wujud ancaman terhadap kedudukannya walaupun sebelum ini ada khabar angin tentang undi tidak percaya terhadapnya. "Saya tidur lena setiap malam, boleh pergi ke pejabat dengan aman damai dengan senyum di bibir saya. "Orang memikirkan kelemahan saya kerana (BERSATU) hanya satu kerusi. Tetapi HARAPAN berbeza dengan BN kerana kita bebas untuk memberikan pandangan," katanya sambil menegaskan sekali lagi hubungan baik setiap komponen HARAPAN dalam pentadbiran negeri. "Pagi tadi kita tak tahu akan hujan lebat. Esok pun kita tak tahu bagaimana, bila Tuhan akan cabut nyawa. Jadi mengapa bimbang? Hari ini kita ada kedudukan, buat semampu mungkin dengan amanah dan ikhlas," katanya lagi.

 
   
WAWANCARA | Sebut saja nama Ahmad Faizal Azumu, perkara pertama yang disebut orang yang mengenalinya barangkali tentang perwatakannya yang bersahaja dan penuh humor.

Dan kini orang ramai, terutama yang mengikuti perkembangan politik dan isu semasa, juga akan berkata demikian tentang susuk berusia 48 tahun lalu.

Tarikh 12 Mei 2018 - beberapa hari selepas PRU ke-14 yang penuh bersejarah - benar-benar mengubah hidupnya apabila mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak.

Empat bulan memegang jawatan itu, anak kelahiran Ipoh itu mengakui masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan awam yang serba baru untuknya, pada masa sama cuba menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

"Bukan senang nak biasakan diri, saya faham perasaan menteri pertahanan kita Mat Sabu yang juga mengaku sukar untuk membiasakan diri dengan protokol. Saya tidak terlalu asing dengan protokol tetapi pembawaan diri saya memang selalu bersahaja.

"Saya pernah main telefon dan goyangkan kaki ketika di pentas sehigga ditegur 'YB tolong jangan goyang kaki'. Jadi saya berhentilah," katanya sambil ketawa, semasa wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, minggu lalu.


Bagaimanapun, katanya lagi, itu hanyalah pembawaan dirinya dan beliau tetap serius dalam soal-soal penting seperti ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat dan DUN serta mengendalikan mesyuarat.

"Sekarang mungkin ramai yang kata 'dia patut lebih serius' tapi boleh tengok saya di Dewan Rakyat misalnya, saya agak serius."




Faizal adalah sejumlah kecil yang menjadi wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan, iaitu di DUN Chenderiang dan Parlimen Tambun.

Pada PRU ke-14, Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak mendapat 29 kerusi DUN manakala BN (27) dan PAS (3). Ia mencetuskan kebuntuan kerana tiada pihak yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

BN pada mulanya cuba membentuk kerjasama dengan PAS tetapi tidak terlaksana. Isu itu akhirnya selesai selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal yang juga pengerusi HARAPAN Perak sebagai menteri besar.

Justeru tidak hairan apabila jawapannya ketika ditanya tentang pencapaian terbesarnya setakat ini adalah "berjaya menubuhkan kerajaan negeri."

"Berjaya mengumpulkan sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan negeri kemudian melantik barisan exco untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, dan kemudian memastikan kami dapat bekerja dalam satu pasukan."

Seterusnya, katanya lagi, mereka perlu mendapatkan kerjasama pegawai kerajaan negeri dan membuat penambahbaikan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

"Kerajaan BN dulu pun berdepan masalah untuk melakukannya walaupun sudah lama mentadbir. Bayangkan kami yang baru setahun jagung," katanya sambil mengatakan setakat ini mendapat kerjasama yang baik daripada penjawat awam negeri.




Pada Jun lalu, beliau memecat tujuh pegawai eksekutif sebuah GLC negeri lantikan pentadbiran lalu dan membangkitkan jumlah kakitangan GLC negeri yang menurutnya terlalu ramai dan ada yang dilihat tidak begitu diperlukan.

Antara kritikan yang diterimanya pula adalah berkaitan tanggapan beliau bersikap lunak dengan lantikan politik BN, apabila berkata tidak tergesa-gesa untuk membuang mereka daripada GLC negeri "tanpa melihat keupayaan mereka."

Selain itu, beliau melantik bekas pemimpin Umno Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat menteri besar bertaraf exco.

Zainol adalah ADUN Sungai Manik dan merupakan salah seorang wakil rakyat BN yang mengisytiharkan sokongan kepada Faizal. Beliau kemudian keluar Umno untuk menyertai BERSATU.

Mengulas perkara itu, Faizal menyifatkan dirinya mengamalkan "politik kasih sayang" dan bukan berdasarkan dendam.

"Kita cakap tentang Malaysia Baru, nak selamatkan negara...Kita tak boleh nak hukum orang tak tentu pasal apatah lagi jika orang itu menjalankan tugas dengan baik.

"Umno telah gagal untuk menjalankan peranan mereka maka mereka beralih ke HARAPAN, dan saya percaya kalangan mereka juga cintakan negara ini," katanya lagi.

'Tidur lena setiap malam'

Untuk rekod, Faizal hanya satu-satunya ADUN BERSATU di negeri itu. DAP memegang 18 kerusi DUN, PKR (6) dan AMANAH (4). Namun perjanjian antara komponen HARAPAN telah bersepakat bahawa pentadbiran Perak akan diketuai BERSATU.

Ditanya apakah ia menyebabkan keputusan kerajaan negeri akan didominasi parti lain, beliau menolak perkara itu.

Beliau juga menolak wujud ancaman terhadap kedudukannya walaupun sebelum ini ada khabar angin tentang undi tidak percaya terhadapnya.

"Saya tidur lena setiap malam, boleh pergi ke pejabat dengan aman damai dengan senyum di bibir saya.

"Orang memikirkan kelemahan saya kerana (BERSATU) hanya satu kerusi. Tetapi HARAPAN berbeza dengan BN kerana kita bebas untuk memberikan pandangan," katanya sambil menegaskan sekali lagi hubungan baik setiap komponen HARAPAN dalam pentadbiran negeri.

"Pagi tadi kita tak tahu akan hujan lebat. Esok pun kita tak tahu bagaimana, bila Tuhan akan cabut nyawa. Jadi mengapa bimbang? Hari ini kita ada kedudukan, buat semampu mungkin dengan amanah dan ikhlas," katanya lagi.

Tiada ulasan: