MALAYSIAKINI
Lima laporan polis dibuat berhubung penyebaran fitnah
terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof
Rawa, yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab di dalam media
sosial.
"Yang Berhormat Menteri telah pun menegaskan bahawa kenyataan asal beliau mengenai perhimpunan itu dimanipulasi sehingga tersasar daripada konteks asal. Sehubungan itu, wakil pejabat menteri telah pun membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak pada Ahad (semalam)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan
itu juga menegaskan meskipun kerajaan pada hari ini sentiasa terbuka
dan menyokong kebebasan bersuara serta kebebasan media, namun masyarakat
dinasihatkan supaya sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak
menyebarkan fitnah dan berita palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan