HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mac 2019

MB tak setuju S'gor jadi negeri pengeluar ganja

MALAYSIAKINI

   

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menolak cadangan untuk menjadikan negeri itu pengeluar ganja terbesar di dunia.

Katanya masih tiada keperluan untuk menanam ganja di Selangor kerana ia masih dikategorikan bawah akta dadah berbahaya dan “membabitkan banyak perkara sensitif”, lapor Selangorkini.

“Kita perlukan kajian dan teruskan kawalan.

“buat masa ini saya tidak nampak lagi keperluan untuk ia (tanaman ganja) dilaksanakan,” katanya ketika sesi sidang media di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli mencadangkan Selangor sebagai pengeluar ganja terbesar dunia.

Beliau mencadangkan Kuala Selangor dijadikan sebagai pusat kajian dan eksport pengeluaran, dengan unjuran hasil RM9 juta setahun untuk ladang seluas satu ekar.


Tiada ulasan: