KUALA LUMPUR: Wanita
Umno mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi Dewan
Undangan Negeri (Dun) Semenyih kerana telah memberikan kepercayaan
kepada Barisan Nasional (BN).
“Terima kasih dan penghargaan juga
kepada seluruh jentera parti BN khususnya jentera Wanita Umno dan Dewan
Muslimat PAS yang telah bekerja keras menentukan kemenangan calon BN,
Zakaria Hanafi,” ujar Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato’ Dr Noraini Ahmad
dalam satu kenyataan, malam tadi.
Katanya, kemenangan BN pada Pilihan Raya
Kecil (PRK) Semenyih itu jelas menggambarkan keikhlasan kerjasama
Umno-PAS yang ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat Islam.
Selain itu, ujarnya kemenangan BN di
Semenyih itu juga boleh dianggap sebagai referendum protes rakyat kepada
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana gagal menunaikan janji-janji yang
dibuat.
“Semoga kemenangan ini menyuntik
semangat jentera parti untuk terus berusaha dan bekerja keras di PRK
Rantau nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong.
Pada PRK Semenyih yang diadakan semalam,
calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh 19,780 undi, Muhammad Aiman Zainali
(PH) mendapat 17,866 undi, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik
Aziz Afiq Abdul (847 undi) manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng (725
undi). – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan