HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Mei 2016

Tamrin alukan Dr. Zul sertai Pas, berharap boleh jadi tabib

MALAYSIA DATELINE


Selepas dua tahun baru saya sedarSelepas dua tahun baru saya sedar


Bekas ahli Pas, Tamrin Ghafar, mengalu-alukan penyertaan kolumnis Dr. Zulkifli Yaacob ke dalam Pas dan berharap boleh berperanan sebagai tabib yang akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin parti itu.

"Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan, beliau ikhlas," kata beliau dalam satu komen yang tersebar di media sosial.

"Saya, Tan Sri Mat Taib dan beberapa yang lain pun begitu juga, malah lebih dari itu, kami dilahirkan dalam keluarga Uumno. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana Umno.

"Kami sanggup tinggalkan Umno kerana kami begitu yakin dengan perjuangan Pas berlandaskan Al Quran," katanya.

Namun katanya, hanya selepas dua tahun beliau sedar apa sebenarnya perjuangan pemimpin-pemimpin khasnya Presiden Pas kini.

"Yang kami harap-harapkan selama ini, rupa-rupanya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi," katanya,

"Sesungguhnya Allah SWT melihat sandiwara yang sedang dipertontonkan," tambahnya.

Lembaga getah tidak memihak penoreh, jaga keuntungan pihak lain

ARIF ATAN


Antara keluarga penoreh secara pawah di Sik yang terjejas akibat harga getah sekerap yang terlalu rendahAntara keluarga penoreh secara pawah di Sik yang terjejas akibat harga getah sekerap yang terlalu rendah


Pengurusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dilihat tidak menyebelahi pekebun dan penoreh sebaliknya seolah-olah terdapat permainan menjaga keuntungan pihak tertentu, kata Pengarah Biro Tanah, Pertanian dan Luar Bandar Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Sulaiman Ibrahim.

"Purata pendapatan penoreh masih lagi berada di tahap terlalu rendah walaupun diumumkan purata bulanan harga getah gred SMR 20 FOB berada di paras RM5.50 sekilogram," katanya.

Pengumuman pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada penoreh, ujarnya yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan, bukanlah satu langkah berkesan bagi membantu penoreh bawahan yang telah lama menantikan kenaikan harga komoditi itu.

"Bahkan, tindakan mahu menghapuskan orang tengah hanya tertulis sudah puluhan tahun tetapi tiada pelaksanaan seperti dijanjikan oleh LGM," jelas Ketua Amanah Parlimen Sik itu sebagai reaksi ke atas kenyataan Unit Komunikasi Korporat LGM baru-baru ini.

Mengulas lanjut langkah LGM dalam menangani penurunan harga getah terhadap penoreh termasuk menangguhkan kutipan ses getah, Leman berkata, Amanah Negeri Kedah sedia berdialog dengan institusi itu bagi membincangkan langkah sewajarnya untuk membebaskan penoreh daripada kemiskinan tegar.

"Dialog bersama wakil Amanah Kedah dan LGM berkenaan isu SMR 20 FOB, IPG dan fakta tepat yang menyeluruh berkenaan kelebihan meletakkan harga lantai haruslah dibuat di hadapan rakyat iaitu penoreh supaya mendapat penjelasan yang menyeluruh.

"Adakah ianya mampu mengubah nasib penoreh bawahan atau LGM tidak sedar isu getah ini telah menyebabkan ramai penoreh di kawasan pedalaman terjebak ke dalam peningkatan miskin tegar?" bidasnya.
Amanah giat turun padang menyampaikan bantuan kepada penoreh getahAmanah giat turun padang menyampaikan bantuan kepada penoreh getah
Untuk rekod, Amanah Kedah sebelum ini telah beberapa kali menuntut LGM melaksanakan harga lantai atau harga terendah yang munasabah iaitu RM3.50 selaras mengikut keadaan ekonomi getah dunia.

LGM dalam kenyataannya di Berita Harian, 29 April lalu antara lain berkata, kerajaan telah memberikan IPG sebanyak 40 sen, 50 sen dan 25 sen masing-masing untuk tiga bulan pertama tahun ini ke atas setiap kilogram getah beku yang dikeluarkan pekebun kecil di Semenanjung.

"Berdasarkan purata pengeluaran getah beku sehektar sebanyak 3,000 kilogram setahun, IPG berupaya memberi pendapatan tambahan sebanyak RM62.50 hingga RM125 sebulan.

"Sejak pelaksanaan IPG pada November 2015 sehingga kini, RM18 juta dibayar kepada pekebun kecil dengan 93,365 jumlah tuntutan," dipetik daripada kenyataan LGM itu.

Walau bagaimanapun, tinjauan Malaysia Dateline awal tahun ini di sekitar Sik mendapati majoriti golongan penoreh pawah terutamanya mengeluh kerana pendapatan mereka terjejas teruk iaitu kurang daripada RM450 sebulan akibat kejatuhan harga getah sekerap.

Sejak akhir tahun 2015 juga, Amanah Sik telah mengenal pasti tidak kurang daripada 197 keluarga penoreh berstatus miskin tegar di kawasannya yang hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan makanan.

Dalam hal berkaitan, Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) pada April lalu dilaporkan turut mendesak isu harga getah diberi keutamaan dengan merombak sistem sedia ada kerana tidak telus dan terdedah kepada manipulasi harga rasmi yang dihebah oleh LGM selain harga getah rasmi Malaysia didapati lebih rendah berbanding nilai di pasaran serantau.

Kerajaan tidak akan naikkan GST

FREE MALAYSIA TOSAY


Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.


najib_gst_600


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

“Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.

“Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik,” katanya.

Najib berkata kerajaan BN sentiasa ikhlas meningkatkan taraf kehidupan Sarawak dan ia jelas terbukti menerusi komitmen kerajaan dalam projek pembangunan seperti Lebuhraya Pan Borneo yang tidak dikenakan tol.– Bernama

GERAKAN kecam ugutan bunuh terhadap pemimpinnya

FREE MALAYSIA TODAY


"Gertakan politik itu sama seperti kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan kami menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh." 


Mah-Siew-Keong_liang-teck-meng_Oh-Tong-Keong


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengecam ugutan bunuh ke atas pemimpin parti itu yang mempertikaikan isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan penjualan tanah Taman Manggis, yang dilaporkan baru-baru ini

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata Setiausaha Agung parti itu Datuk Liang Teck Meng Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menjadi sasaran kerana peranan mereka dalam membangkitkan persoalan isu itu terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Gertakan politik itu sama seperti kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan kami menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan membawa mereka yang bertangggungjawab untuk dihukum.

“Kedua-dua Liang dan Oh mendapat sokongan penuh daripada parti, adalah tugas kami selaku ahli politik dan warganegara yang prihatin untuk melontarkan soalan yang sahih dan meminta penjelasan daripada pihak yang tertuduh mengenai isu berkenaan,” katanya sambil menambah Gerakan mengutuk sekeras-kerasnya ugutan itu.

Beliau berkata tindakan berbahaya itu mesti dihentikan dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan hukuman yang berbentuk pengajaran sebelum ia merebak kepada satu budaya politik yang berunsur ganas, tidak mematuhi undang-undang dan menakutkan.

Media melaporkan ugutan bunuh itu diterima di dalam peti surat ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang dalam bentuk sampul surat merah jambu kitar semula bertarikh 11 April, mengandungi beberapa helai replika wang kertas yang digunakan dalam upacara sembahyang roh bagi masyarakat Cina.

Terdapat juga nota dengan mesej dalam Bahasa Inggeris “go to hell” kepada kedua-dua pemimpin itu.
Nota itu juga menuduh kedua-dua pemimpin itu mengkhianati kaum Cina di Malaysia dan dilampirkan juga keratan akhbar berbahasa Cina memetik Liang bertanyakan soalan mengenai pembelian banglo Lim semasa satu sidang akhbar.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Lim pada harga RM2.8 juta menimbulkan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu berkenaan di persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa hartanah itu dibeli di bawah harga semasa pasaran.

Sementara itu, tanah di Taman Manggis yang sebelum ini diperuntukkan untuk pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) telah dijual kepada seorang pemaju dan dirancang untuk pembinaan sebuah hospital swasta dan hotel. Bernama

Jangan pertikai larangan masuk imigresen Sarawak- NGO

FREE MALAYSIA TODAY


Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau. 


zulkarnain-mahdar_-imigresen_sarawak_600


KOTA KINABALU: Pemimpin beberapa parti pembangkang tidak harus mempertikai pengharaman beberapa individu untuk memasuki Sarawak.

Presiden Pakatan NGO pro Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar berkata langkah kerajaan Sarawak itu bertujuan menghalang kemasukan anasir politik ekstrem.

Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau.

“Tidak ada pihak yang seharusnya mempertikaikan kuasa tersebut termasuk Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkarnain walaupun rakyat Sarawak dan Sabah terdiri daripada pelbagai anutan agama dan budaya namun kedua-dua negeri berkenaan terkenal dengan budaya politik aman dan tenang.

Oleh itu mereka tidak seharusnya disogokkan dengan budaya politik ekstrem.

1.5 Juta Pekerja Bangladesh Campur 7 Juta Pendatang Asing VS Rakyat Malaysia 30 Juta?

BERTIA SEMASA


1.5 Juta Pekerja Bangladesh Campur 7 Juta Pendatang Asing VS Rakyat Malaysia 30 Juta?


pendatang asing


Bagi Berita Semasa sendiri saiz dan jumlah 1.5 pekerja Bangladesh yang bakal “berkampung” dan merebut sedikit sebanyak kekayaan Malaysia apabila dibandingkan dengan keadaan Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa.

Sebagai kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan perlulah mencari alasan yang terbaik bagaimana untuk membangunkan negara.

Mungkin mencari penyelesaian mudah seperti ini, dan kemudian menyalahkan orang lain atas dasar dan mekanisme yang dirangka oleh meraka yang berkuasa.

Belum campur lagi dengan lambakan pekerja asing berjumlah 2 juta hari ini. Bertambah teruk lagi lambakan pendatang tanpa asing PATI terus bermaharajalela di bumi Malaysia kita ini.

Mungkin menteri boleh bertanya kepada kalangan majoriti rakyat Malaysia yang beratur panjang setiap awal pagi menunggang motosikal di tambak Johor, untuk bekerja di Singapore. Apa agaknya kerja mereka di sana? Jurutera? Majistret? Doktor? Profesion tinggi?

Sekarang ini dilaporkan seramai 7 juta pendatang izin dan tanpa izin di Malaysia, iaitu hampir 1/4 daripada jumlah penduduk Malaysia.

Malaysia Sudah Bersedia Dengan Tambahan 1.5 Pendatang Asing?

  1. Dari segi keselamatan, cukupkah tentera dan polis mengawal pendatang-pendatang ini?
  2. Disegi ekonomi, apa untungnya bawa masuk pendatang ramai-ramai seperti ini? Berbillion dibawa keluar Malaysia, bukannya mereka mahu berbelanja lebih di sini pun. Kebanyakan dipulang dan dihantar duit ke kampung halaman masing-masing.
  3. Dahulu pernah kedengaran cadangan untuk gunapakai “skilled workers”. Akhirnya, pendatang unskilled juga yang dibawa masuk.
KLIK SINI : 888,779 Pendatang Tanpa Izin di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!

P/S : Adakah kita mahu tunggu rumah anak bangsa kita dirompak, berlaku peningkatan jenayah di Malaysia dikalangan warga asing barulah kita mahu berfikir menggunakan akal yang waras tindakan terdahulu adalah satu kesilapan?

PP/S : Majikan memang mahu kurangkan kos, suka ambil pekerja asing sebab mahu untung lebih. Tetapi kerajaan yang telah dipilih rakyat perlulah ambil kira beban rakyat yang mahu sara keluarga, bayar cukai GST, cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, rumah, kereta, motor, tol dan sebagainya.

PPP/S : Bayar gaji berbelas ribu setiap bulan, dicampur pelbagai elaun yang ditanggung rakyat, hanya ini idea yang mampu dihasilkan?


Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
 
Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin
Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di Kuching hari ini. - Foto Astro AWANI / Hafiz Marzukhi
 
 
KUCHING: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata beliau tidak akan 'merayu' kepada sesiapa untuk berada di Sarawak termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, untuk tujuan berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak.

"Ini hak saya. Kenapa nak bermusuh dengan saya?

"Sepatutnya yang menjadi musuh adalah perompak dan perasuah," kata Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di sini hari ini.

Azmin merujuk kepada kenyataan daripada  pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan Azmin boleh dibenarkan berada lebih lama di Sarawak sekiranya membuat permintaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor tiba di Kuching pada Jumaat untuk berkempen bagi PKR.

Bagaimanapun pihak Imigresen Sarawak hanya membenarkan untuk beliau berada di negeri itu sehingga 2 Mei ini.

Kenyataan dari pejabat Ketua Menteri itu turut berkata Adenan pernah sebelum ini membenarkan lanjutan tempoh untuk tinggal di negeri itu namun ia berdasarkan kepada sesuatu kes itu dan sekiranya ada permintaan rasmi.

Selain Azmin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut tiba semalam hanya dibenarkan tinggal di negeri itu sehingga 5 Mei ini.

Sarawak yang mempunyai Akta Imigresennya sendiri, pada kebiasaannya membenarkan rakyat Malaysia bukan dari Sarawak untuk tinggal di negeri itu sehingga 90 hari.

Semalam PKR Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri untuk menghadkan tempoh untuk Azmin berada di Sarawak.
Pengarah Bilik Gerakan Utama PKR Sarawak Lynette Tan berkata itu merupakan satu penyalahgunaan Akta Imigresen sedia ada.

Ketika ini sedang berlangsung kempen PRN Sarawak bagi memilih 80 lagi wakil Dun. Dua kerusi telahpun dimenangi Barisan Nasional pada hari penamaan calon.

Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei nanti. 
 
 

Ahli Parlimen Kulim akan tanggung kos bawa balik jenazah rakyat Malaysia maut di Vietnam

Bernama
 
Ahli Parlimen Kulim akan tanggung kos bawa balik jenazah rakyat Malaysia maut di Vietnam
Dianggarkan kos untuk membawa balik jenazah Mohd Azhar Abdull Wahab mencecah RM40,000. - Gambar fail
 
 
ALOR SETAR: Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir akan menanggung segala kos yang terlibat dalam proses membawa balik jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Vietnam, Khamis lepas.

Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Mohd Najib Mohd Ali, yang menghubungi Bernama sebentar tadi memaklumkan, ia termasuklah bantuan membawa anggota keluarga mangsa iaitu ibu dan adik mangsa ke Vietnam, bagi proses menuntut mayat Mohd Azhar Abdull Wahab, 33.

"Disebabkan masalah kewangan dihadapi keluarga mangsa, maka pihak Pejabat Parlimen Kulim/Bandar Baharu akan membantu dari semua aspek agar jenazah dapat di bawa balik ke sini, kita juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk tujuan itu.

"Setelah berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Vietnam, kita mungkin akan bertolak ke sana pada 4 Mei. Kita juga ada wakil di sana untuk bantu mudahkan urusan," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz kini berada di luar negara atas urusan rasmi.

Hari ini Bernama melaporkan adik kepada arwah, Mohd Noorazman, 31, berharap agar ada pihak yang sudi memberikan bantuan untuk membawa balik jenazah abangnya.

Dianggarkan kos untuk membawa balik jenazah mencecah RM40,000.

Lapan individu ditahan bantu siasatan kes kematian polis

Astro Awani
 
Lapan individu ditahan bantu siasatan kes kematian polis
Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi Sabtu, mayat Koperal Roydin Jamaludin, 32, yang berpakaian lengkap ditemui dalam parit di Sungai Abong, Muar oleh orang ramai. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang anggota polis di Sungai Abong, Muar pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, berkata semua suspek ditahan di satu lokasi di Batu Pahat kira-kira jam 12.45 tengah hari Sabtu.

"Saya mengesahkan pihak polis sudah menahan enam lelaki dan dua perempuan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang anggota polis di Sungai Abong pagi tadi.

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi Sabtu, mayat Koperal Roydin Jamaludin, 32, yang berpakaian lengkap ditemui dalam parit di Sungai Abong, Muar oleh orang ramai.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan luka ditubuh mangsa.

Mangsa sebelum itu dipercayai dikejar sekumpulan lelaki selepas dikatakan meleraikan satu pergaduhan sebelum itu.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

BACA: Anggota polis ditemui mati dalam parit
 
 

Tiga cedera kemalangan babitkan tujuh kenderaan di Jasin

BERNAMA


Tiga cedera kemalangan babitkan tujuh kenderaan di Jasin
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya.
 
 
JASIN: Tiga orang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas rombongan dan enam kenderaan lain di Kilometer 174 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata kemalangan pukul 10.30 pagi itu melibatkan bas yang membawa 30 penumpang termasuk pemandu, treler, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan empat kereta - Perodua Alza, Proton Persona, Mercedes Benz dan Proton Iswara.

"Tiga mangsa yang cedera merupakan seorang penumpang bas dan dua penumpang kereta dan mereka dihantar ke Hospital Tangkak dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya.

"Bas itu dipercayai berada di lorong kanan dan melanggar Proton Iswara di depannya sebelum kereta tersebut melanggar kenderaan lain yang berada di hadapannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas itu membawa pelancong tempatan ke Kukup, Johor untuk bercuti.

Sampornak berkata pemandu bas yang berusia 30 tahun itu diarah melakukan ujuan saringan air kencing untuk siasatan lanjut.
"Kemalangan itu menyebabkan laluan sesak sejauh 10 kilometer kerana hanya satu daripada dua lorong di lebuh raya tersebut dapat dilalui," katanya.