HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Januari 2008

Orang Malaysia banyak habis duit beli kosmetik.

NEW DELHI: Rakyat Malaysia cenderung berbelanja lebih bagi kosmetik dan barang dandanan diri berjenama berbanding dengan warga India walaupun tahap kekayaan mereka kian meningkat, menurut satu kajian.

Presiden Dewan Perusahaan dan Perindustrian Bersekutu India (ASSOCHAM), Venugopal N.Dhoot berkata kajian itu yang dijalankan ASSOCHAM mendapati penggunaan kosmetik dan barang dandanan diri per kapita di India untuk produk jenama popular ialah RM2.23, RM131.16 di Hong Kong, RM29.51 di Filipina dan RM32.79 di Malaysia.

"Penggunaan kosmetik dan barang dandanan diri per kapita India ialah 50 kali rendah daripada Hong Kong dan 12 kali rendah daripada Malaysia dan Singapura," kata beliau.

"Hong Kong merupakan penggunaan produk kosmetik dan dandanan diri per kapita paling tinggi kerana ia merupakan tempat untuk melancarkan barangan seperti itu bagi kebanyakan negara Asia," tambah beliau.

Kajian itu "Kosmetik: Satu Kajian Komparatif antara India dan negara Asia" -- menyatakan bahawa industri kosmetik tempatan dan dandanan diri meningkat antara lima dan 20 peratus sejak beberapa tahun lepas tetapi belum sampai pada tahap komparatif penggunaan per kapita dengan negara Asia

Dhoot menambah bahawa 20 juta penduduk India menggunakan jenama popular seperti Unilever, Procter & Gamble, Godrej dan Dabur yang lain menggunakan kosmetik dan barang dandanan diri yang murah.

Menurut kajian itu, sebab kekurangan kemasukan kosmetik jenama antarabangsa di India kerana harga berbeza berikutan jenama luar negara kini menyumbang hanya 20 peratus daripada pasaran India.

India membenarkan kemasukan kosmetik yang diimport tanpa sebarang sekatan tetapi purata tarif kosmetik import bagi import tarif untuk kedua-dua jenis barang itu kini sangat tinggi pada kira-kira 40 peratus, menjadikan produk import sangat mahal bagi kebanyakan pengguna. BERNAMA

Tiada ulasan: