Adik Lingam sedia dedah maklumat.
KUALA LUMPUR - V. Thirunama Karasu, adik Datuk V. K. Lingam hari ini memberitahu beliau sedia mendedahkan butiran lengkap percutian abangnya bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin di New Zealand, 14 tahun lalu.
Peguamnya, Wee Choo Keong memberitahu demikian semasa membuat permohonan rasmi menawarkan Karasu sebagai saksi di hadapan suruhanjaya hari ini.
“Dalam klip video, Lingam ada bercakap tentang keakrabannya dengan Eusoff. Anak guam saya menawarkan diri untuk memberi keterangan berdasarkan pengetahuannya tentang sejauh mana hubungan mereka.
“Maklumat-maklumat itu akan dapat membantu suruhanjaya menentukan kesahihan perbualan Lingam di dalam klip video itu,” hujahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan