HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Januari 2008

Umno menjalinkan pakatan sulit bersama Lee Kuan Yew?.
Salmiyah Harun.



KUALA LUMPUR (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) percaya kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew kononnya mendakwa ekonomi Malaysia berkembang baik pada tahun 2008 adalah sengaja mahu mengalih perhatian rakyat yang sudah meluat dengan Umno.

Lee Kuan Yew didakwa berkata, ekonomi Malaysia akan berkembang baik kerana ada tanda-tanda positif pada komoditi dan kenaikan harga minyak dunia.

Beliau yang dilaporkan berucap dalam majlis anjuran Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) Singapura semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahudin Ayub dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan Lee Kuan Yew agak aneh kerana beliau sendiri mengakui unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia akan jatuh daripada 5.7 peratus pada 2007 kepada 5.6 peratus pada tahun ini.

Justeru, DPPP merasakan Lee Kuan Yew sengaja melontar satu pandangan yang positif terhadap ekonomi Malaysia walaupun unjuran menunjukkan sebaliknya.

"Beliau sengaja meletakkan beberapa petunjuk seperti harga kelapa sawit sebagai komoditi utama dan kenaikan harga minyak yang bakal memberikan hasil besar kepada Malaysia," katanya.

Sebagai seorang negarawan yang begitu berpengalaman dalam ekonomi politik, Salahuddin membidas bahawa Lee Kuan Yew sepatutnya menyedari bahawa rakyat Malaysia sedang mengalami krisis komoditi sawit ekoran keputusan bekalan minyak masak serta kenaikan harga bajan api dalam masa terdekat ini.

Bagi Salahuddin, kenyataan melulu Lee Kuan Yew adalah usaha atau 'pakatan sulit' beliau dengan Umno untuk memberikan kepentingan politik secara percuma menjelang pilihan raya umum nanti.

"Telah menjadi kebiasaan Lee Kuan Yew untuk menggoncangkan politik Malaysia apabila menjelang pilihan raya bagi diambil manfaat oleh BN, begitu juga tahun 1999 beliau pernah menggambarkan kebimbangannya juga Malaysia diperintah oleh PAS," tegas beliau.

Tambahnya, Lee Kuan Yew amat berharap supaya BN dan Abdullah Badawi terus memerintah sebagai satu strategi Singapura untuk menguasai selatan Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Katanya, Singapura telah menyedari Barisan Alternatif (BA) menolak dasar-dasar longgar BN dalam membangunakan WPI sehingga membuka ruang luas Singapura menjajah Malaysia dalam bentuk baru setelah pengaruh mereka Pulau Batu Putih tergugat.

"Singapura mencari jalan untuk mempertahankan pemimpin dan kerajaan yang lemah seperti BN untuk membolehkan mereka mengautkan kekayaan Malaysia dan 'menjajah WPI'.

"Lee Kuan Yew masih mempunyai cita-cita politik besar untuk menguasai Malaysia selepas projek Malaysian Malaysia menerusi 'Malaysia Solidarity Convention (MSC) pada 1964 gagal,"katanya.

Justeru, DPP Pusat percaya rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan pujukan politik Lee Kuan Yew dan rakyat mereka atas peranan beliau dalam mempertahankan kedaulatan negara. - mks.

Tiada ulasan: