Kit Siang: Tahniah, anda matang kerana sedia memohon maaf
KUALA LUMPUR: Langkah Pengerusi DAP, Lim Kit Siang memohon maaf selepas mempertikaikan perlantikan Adun Sungai Panjang, Mohamad Nizar Jamaludin, 51, sebagai Menteri Besar Perak diterima dengan linangan air mata kegembiraan oleh penyokong PAS, PKR bahkan juga DAP.
Mereka menyifatkan langkah ini sebagai melambangkan kedewasaan dan kematangan beliau untuk menerima kesilapan dan pengajaran secara langsung dari rakyat.
Lim Kit Siang menerima kritikan paling hebat, mungkin terhebat dalam sejarahnya sebagai ahli politik, bahkan dari pembaca blognya sendiri selepas beliau membuat kenyataan tidak puas hati dengan pemilihan Mohamad Nizar sebagai MB Perak.
Beliau juga telah mengarahkan kesemua wakil rakyat DAP memboikot majlis mengangkat sumpah MB Perak.
Pada hari berikutnya, 13 Mac, kira-kira jam 11 pagi, beliau membuat kenyataan memohon maaf dan memohon ampun dari Sultan Perak ekoran kenyataannya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan