Mufakat Perak dicapai: 6-3-1, KeADILan:1 Timbalan MB, 1 senator
Kuala Lumpur - Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin hari ini mengesahkan bahawa muafakat telah dicapai berkenaan pembentukkan kerajaan negeri Perak.
Hasil muafakat tersebut adalah Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS akan menjadi Menteri Besar, Ngeh Koo Ham dari DAP akan menjadi Timbalan Menteri Besar Pertama dan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedua akan diperuntukkan kepada KeADILan.
Untuk kerusi Exco pula, 6 kerusi akan diperuntukkan untuk DAP, 3 untuk KeADILan dan 1 untuk Pas. Selain itu, satu daripada dua senator yang akan dilantik oleh Perak ke Dewan Negara akan dipilih oleh KeADILan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan