Pakatan pembangkang perlu ubah minda ketika bahas di Parlimen
KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang yang menguasai 82 kerusi di Parlimen perlu mengubah minda mereka ketika berbahas di Dewan Rakyat, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub.
"Kita tidak mahu lihat pembangkang cakap seperti pembangkang di Parlimen, mereka perlu mempunyai minda pemerintah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Pemuda PAS di Ibu Pejabat parti itu di sini, Sabtu.
Beliau berkata PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu membuktikan pakatan itu boleh menunaikan segala bentuk hasrat rakyat.
"Walaupun ramai di Parlimen, pembangkang tidak perlu angkuh," katanya.
Pada pilihan raya umum Sabtu lepas, PAS memenangi 23 kerusi, DAP 28 kerusi dan PKR 31 kerusi sekaligus menjadikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah iaitu sebanyak 140 kerusi di Parlimen.
Berbanding pada pilihan raya umum 2004, pakatan pembangkang itu hanya memperoleh 19 kerusi dan wakil bebas, satu kerusi. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan