HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Mac 2008

Program alternatif ganti DEB, kata Anwar


SINGAPURA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang yang bakal diformalkan tidak lama lagi akan memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia sebagai program alternatif bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memenuhi keperluan semua kaum di Malaysia.

Katanya program itu akan diketengahkan apabila PKR, DAP dan PAS memformalkan mekanisme pakatan mereka dalam beberapa hari lagi.

"Saya mahu memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa agenda Melayu akan dikekalkan tetapi kami juga harus melakarkan satu agenda baru untuk orang Cina dan India," kata Anwar dalam satu temuramah dengan Berita Harian Singapura yang disiarkan pada hari Isnin.

Menurutnya pakatan itu telah mula melakarkan Agenda Ekonomi Malaysia sejak setahun yang lalu. BERNAMA

Tiada ulasan: