HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Mac 2008

Kerajaan negeri Kedah cadang buat aduan polis mengenai kehilangan fail


ALOR STAR: Kerajaan Kedah akan meminta pandangan Penasihat Undangundang Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai "kehilangan" fail-fail penting kerajaan, kata Menteri Besar Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, kerajaan kesal dengan kejadian itu dan perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.

"Kita serahkan kepada Anggota Exco terlibat dan Penasihat Undang-undang untuk membuat aduan polis atau kepada BPR", kata beliau kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini, pada hari Isnin.

Katanya, beliau sendiri terkejut apabila memasuki pejabat Menteri Besar yang lengang dan cuma terdapat meja, kerusi dan seunit komputer riba.

"Kita kesal pihak yang "melarikan" failfail milik kerajaan dan dan kita mahu perkara ini disiasat dan saya juga telah memaklumkan kejadian ini kepada Ketua Polis Negeri semasa kunjugan hormat tadi", kata beliau.

Azizan berkata, kerajaan baru pimpinan PAS-Parti Keadilan Rakyat akan menunaikan janji untuk mewujudkan kerajaan sifar rasuah dan mengamalkan dasar telus dalam segala aspek pengurusan. BERNAMA

Tiada ulasan: