HALAMAN SANTAI

Sabtu, 15 Mac 2008

Shahidan mungkin sertai PAS?


KOMEN: Lalu sekarang siapa yang derhaka kepada raja? Dua tiga hari lepas heboh mengatakan Lim Kit Siang derhaka kepada Sultan Perak, sekarang siapa pula yang sebenarnya derhaka, yang tolak kehendak raja, kalau bukan Shahidan Kasim dan Idris Jusoh di Terengganu yang juga tidak mendapat restu sultan tetapi masih mahu berkeras mahu jadi MB? Maka, kita pakat-pakat tengok saja gelagat orang-orang Umno yang cukup tamak kuasa dan ghairah mahu terus-terusan jadi MB.

PUTRAJAYA- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan menjadi pembangkang kepada kerajaan negeri yang diterajui anggota Dewan Undangan Negeri Bintong, Datuk Dr. Md. Isa Sabu Mat Isa.

Beliau mendakwa, pelantikan Md. Isa sebagai Menteri Besar Perlis tidak mendapat pengiktirafan kerajaan BN yang diterajui pengerusinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

''Saya mendapat mandat daripada Pengerusi BN untuk mengetuai kerajaan Perlis.

''Jadi siapa buat angkat sumpah (selain dari saya), dia dianggap bukan BN. Jadi saya akan jadi pembangkanglah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis yang menyaksikan Md. Isa dilantik sebagai menteri besar baru atas perkenan Raja Perlis.

Mengulas lanjut, Shahidan turut mengingatkan semua pihak bahawa dia mempunyai tempoh 120 hari untuk 'berbuat sesuatu'.

Menurut beliau, surat daripada Abdullah telah diterimanya Selasa lalu bagi meminta Raja Perlis melantiknya sebagai Menteri Besar di negeri itu.

''Tapi kalau Raja Perlis tidak mahu melantik sebab ada undang-undang yang mengatakan Tuanku boleh melantik (calon) yang boleh memberi keyakinan kepada Dewan Undangan Negeri, itu hak Tuanku.

''Hak rakyat yang pilih BN, kita akan cari tengok macam mana sebab rakyat pilih BN, dia bukan pilih individu. Oleh kerana rakyat pilih BN, maka BN yang akan memerintah.

''Kalau orang lain daripada saya dan sekiranya dia pergi juga (angkat sumpah), maka dia dianggap pembangkang,'' katanya.

Mengulas mengenai status calon tersebut yang juga datang dari BN, beliau berkata, itu tidak betul.

''Selepas petang ini dia dah tak jadi BN. (Dia) tidak menyokong saya. Tidak menyokong PM. BN apa kalau tidak menyokong PM? Itu pembangkang," tegasnya.

Ditanya punca kepada segala kemelut itu, Shahidan tidak menafikan ia datang daripada pemimpin UMNO sendiri.

Tiada ulasan: