HALAMAN SANTAI
Isnin, 26 Mei 2014
Panda lebih utama daripada ibu tunggal
"Panda lebih diutamakan dari janda," katanya.
Beliau bertanya, jika kerajaan sanggup berbelanja sebesar RM73 juta untuk dua ekor panda, berapa kerajaan belanjakan untuk ibu-ibu tunggal?
"Sejumlah 831,860 ibu tunggal seluruh negara hanya mendapat kad diskaun sahaja dari Perdana Menteri. Itu pun di kedai terpilih.
"Nak bagi skim insurans kepada mereka pun masih dipertimbangkan lagi," kata Mahfuz.
Malah kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dari lebih 800,000 ibu tunggal yang dibanci hanya 66,243 sahaja yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Amat sedikit yang dibelanjakan untuk ibu-ibu tunggal.
"Kadar bantuan JKM kepada janda-janda terlalu rendah berbanding belanja untuk panda," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan perjanjian untuk menyewa panda itu sebagai perjanjian "yang paling bodoh dalam dunia".
"Kalau pun hendak merayakan 40 tahun hubungan diplomatik dengan China, janganlah buat kerja bodoh," katanya.
Menurut laporan, rumah bagi pasangan panda tersebut sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar).
Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Kos lain adalah belanja penjagaan yang dijangka menelan RM1.5 juta setahun.
Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China.
Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini adalah RM70 juta jika mereka mandul dan RM72 hingga RM73 juta jika beranak.-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Jadinya........ kita tukar panggilan Ibu tinggal kpd.....: Ibu Panda'
Catat Ulasan