HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mei 2014

[VIDEO] Samseng UMNO Serang Pejabat DAP Kuantan, Sudahkah Polis Bertindak?

KELAB GREENBOC


Tindakan samseng Pemuda Umno – Nik Nazmi Nik Ahmad


Serangan terhadap Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabat DAP Kuantan adalah bukti yang cukup bahawa Pemuda Umno tidak lebih daripada sekumpulan samseng.

Ini merupakan sebuah pertubuhan yang merasakan mereka adalah undang-undang ke atas diri mereka sendiri dan satu-satunya cara menyelesaikan pertelingkahan adalah menerusi keganasan.

Sekalipun jika kenyataan ahli politik DAP tersebut adalah tidak wajar sama sekali, pihak yang mendakwa diri mereka juara bangsa dan budaya Melayu ini tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang kononnya beraliran sederhana dan reformis, tidak bermakna dengan tindakan tidak bertamadun ahli-ahlinya.

Jelas sekali beliau tidak mampu mengawal sayap tersebut. Setelah mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, Umno kini menjadi saksi makhluk yang mereka hasilkan.

Pada masa yang sama, kelemahan tindakan terhadap Pemuda Umno berbeza dengan tindakan bersungguh-sungguh kerajaan Persekutuan mendakwa penganjur-penganjur himpunan aman yang menuntut reformasi sistem pilihan raya dan politik.


Pemuda UMNO merusuh di Kuantan pula

Pejabat DAP Cawangan Kuantan pula menjadi mangsa serangan pemuda UMNO hari ini setelah semalam merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang, sejumlah 20 orang pemuda dengan lilit kepala merah berhimpun di bangunan DAP Kuantan dengan membawa sepanduk bertulis kata-kata kesat.

Mereka kemudiannya bertindak membaling telur ke bangunan tersebut, serta menendang pintu masuk ke tangga pejabat sehingga bengkok.

Pihak polis mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk menyuraikan perusuh-perusuh terbabit.

Himpunan tersebut dipercayai untuk membantah kenyataan yang dikeluarkan ADUN DAP Sri Delima, RSN Rayer.

Sejak semalam, pejabat-pejabat DAP di seluruh negara berada dalam keadaan berjaga-jaga setelah sekumpulan pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bertindak ganas merobohkan papan tanda di ibu pejabat kebangsaan DAP selain mengugut mahu membakar bangunan tersebut.

Ibu Pejabat DAP serta Wisma DAP Pulau Pinang turut dikawal pihak polis tengah hari ini setelah mendapat khabar kononnya kumpulan-kumpulan tertentu akan merusuh lagi berikutan rusuhan semalam terbantut setelah hujan turun lebat.

Kumpulan yang diketuai Razlan Rafii semalam berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP, namun sampul mengandungi memorandum tersebut dikoyakkan dan dilempar ke muka Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Dalam sidang media siang tadi, Dr Ong beserta Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kejadian semalam dan akan mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Dr Ong turut memaklumkan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sudah pun meminta maaf di atas perbuatan anak-anak buahnya.

Namun permohonan maaf yang dihantar melalui pesanan terus di Twitter itu disifatkan tidak mencukupi.

“Khairy, permohonan maaf melalui ‘direct message’ (di Twitter) bukanlah permohonan maaf secara terbuka atau pengakuan bertanggungjawab ke atas kelakuan Pemuda UMNO Wilayah Persektuuan,” tulis Dr Ong di laman sosial Twitter.

Meski pun sudah memohon maaf, terbukti Khairy gagal mengawal anak buahnya apabila serangan berlaku di Kuantan tengah hari tadi.


LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: