HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Julai 2014

Negara-Ku tidak sah, kecuali didaftarkan, kata KDN

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-ku-tidak-sah-kecuali-didaftarkan-kata-kdn#sthash.6Qk46631.dpuf
 (Dari kiri) Datuk A. Samad Said, Zaid Kamaruddin dan Datuk Ambiga Sreenavasan ialah pemimpin Negara-Ku, yang diisytiharkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini. – Gamabr The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/negara-ku-tidak-sah-kecuali-didaftarkan-kata-kdn#sthash.6Qk46631.dpuf
(Dari kiri) Datuk A. Samad Said, Zaid Kamaruddin dan Datuk Ambiga Sreenavasan ialah pemimpin Negara-Ku, yang diisytiharkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini. – Gamabr The Malaysian Insider


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan kumpulan yang baru ditubuhkan Negara-Ku adalah haram sekaligus memberi amaran ia melanggar undang-undang sekiranya kumpulan terbabit tetap menjalankan aktiviti tanpa berdaftar.

 Kementerian berkata hari ini Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menerima sebarang permohonan daripada kumpulan terbabit untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Bagi perkara begitu, Negara-Ku merupakan sebuah organisasi tidak sah," kata KDN dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

 Negara-Ku dilancarkan baru-baru ini lalu diketuai aktivis Zaid Kamaruddin sebagai usaha memulihkan Malaysia‎ dan memberi harapan susulan daripada beberapa insiden mengugat keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan Datuk A. Samad Said dilantik sebagai penaung manakala Zaid merupakan naib presiden pertubuhan Islam, Ikram.

 Terdapat 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Negara-Ku yang mensasarkan ‎menggerakkan kembali dan memperkasakan pengetahuan rakyat mengenai asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.

Tiada ulasan: