MALAYSIAKINI
Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus
menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan, kata
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya sedang meneliti keadaan di perairan Sabah. Secara umumnya atas
semakan yang saya lakukan, kita (polis) perlu melanjutkan tempoh
perintah berkurung.
"Pihak polis juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada
anggota masyarakat. Saya berharap penduduk sentiasa mematuhi peraturan
yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat
dan pelancaran jabatan baharu Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur
hari ini.
Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
mengisytiharkan perintah berkurung dari Tanjung Pundaras, Sandakan
hingga jeti Tawau sehingga 2 Ogos.
Mengenai status anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang
diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resot di Pulau
Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, Khalid berkata pihaknya masih
berusaha untuk menyelamatkannya.
Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut
ditembak manakala Zakiah diculik ketika pasukan mereka menjalankan tugas
rondaan di kawasan resot berkenaan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan