HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Julai 2014

Mayat mangsa MH17 tiba dalam dua, tiga minggu lagi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
SEPANG: Mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
 
Ketua Penolong Setiausahan Majlis Keselamatan Negara, Leftenan Kolonel Mohd. Sakri Hussain berkata, tempoh panjang itu terpaksa diambil berikutan keadaan mayat yang tidak sempurna dan proses pengecaman perlu mematuhi pelbagai prosedur ditetapkan.
 
"Setakat ini sebanyak 189 keranda telah dihantar ke Amsterdam dari Kiev, Ukraine bagi proses pengecaman mayat.
 
"Untuk hari ini kita akan membuat proses penghantaran terakhir sebanyak 38 keranda lagi dari Kiev ke Amsterdam untuk proses yang sama dan selepas semua proses selesai mayat mangsa rakyat Malaysia akan dihantar pulang segera," katanya.
 
Beliau bersama 64 anggota pasukan siasatan khas Malaysia tiba di KLIA dari Ukraine hari ini.

Tiada ulasan: