BANDARAYA GAZA: Suatu keajaiban berlaku apabila seorang bayi perempuan
berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh dalam serangan
udara Israel awal pagi tadi.
Suasana di hospital penuh emosi apabila seluruh kakitangan berdoa dan mengharapkan bayi itu selamat.
Menurut BBC, bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan.
Ketika ini, pihak hospital masih berusaha untuk memastikan bayi itu dapat meneruskan hidup dengan normal.
Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital.
"Saya sangat-sangat marah! Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku.
"Saya merasakan bayi ini milik saya," kata seorang doktor Palestin ketika diwawancara BBC.
Media tempatan melaporkan, serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam.
Sehingga kini, 848 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam di Gaza
sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu, bagaimanapun hanya
36 orang Israel maut sejak serangan yang dilancarkan zionis sebagai
protes tindakan Hamas yang didakwa melancaran serangan roket ke atas
Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan