YALA: Dua terkorban, manakala seramai 36 orang termasuk
sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia cedera apabila bom yang
diletakkan di dalam sebuah kereta meletup di Pekan Betong, selatan
Thailand, lewat petang semalam.
Mangsa
yang meninggal dunia di tempat kejadian telah dikenalpasti sebagai
Phakdi Sae Oon, 26, dan antara yang cedera adalah Thianchai Panla, 25,
Khomsan Phuakngam, 23, dan Chatchai Khamphu, 25.
Laporan The Bangkok Post yang memetik kenyataan polis berkata, bom
tersebut ditinggalkan di dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari Hotel
Holiday Hill di bandar Betong meletup kira-kira jam 4 petang.
Bahan letupan tersebut dipercayai disembunyikan dalam trak pikap Toyota
Vigo yang diletakkan di hadapan Hotel Betong Holiday Hill, Bhakdi
Damrong Road di Tambon Betong.
Letupan itu mengakibatkan kebakaran dan kerosakan pada bangunan hotel,
kereta dan motosikal yang ada berhampiran lokasi itu termasuk sebuah
rumah dan kedai.
Gabenor Yala, Dejrat Simsiri memberitahu jumlah mangsa mengalami
kecederaan dilaporkan agak tinggi kerana ketika itu, wilayah tersebut
menganjurkan Pesta Buah.
Pihak berkuasa keselamatan mengandaikan bahawa silinder gas bersaiz
kecil yang diisi bahan peledak diletupkan menggunakan radio komunikasi
ketika empat ranjer tentera dari Regimen Tentera Renjer ke 11 sedang
dalam perjalanan pulang menaiki dua buah motosikal.
Silinder gas itu dipercayai seberat kira-kira 25 kilogram diletakkan di
tanah berhampiran tiang elektrik di jalan Moo 2 yang terletak dalam
Kampung Kia.
Pekan Betong di daerah Yala yang bersempadan dengan Pengkalan Hulu,
Perak merupakan antara pekan sempadan Thailand yang menjadi tumpuan
pelancong dari Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan