HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Julai 2014

MB batalkan rumah terbuka bagi menghormati mangsa MH17 dan MH370

 
 
Seluruh negara bersedih dengan tragedi ini. Namun umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadah berpuasa. 

khalid ibrahimSHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk membatalkan rumah terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tujuan pembatalan ini dilakukan adalah bagi menghormati mangsa-mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dan juga MH370.

“Seluruh negara bersedih dengan tragedi ini. Namun umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

“Saya berharap rakyat Selangor menyambut Aidilfitri pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan dan penuh tertib,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut membatalkan rumah terbukanya yang dijadualkan pada 1 Syawal.

Tiada ulasan: