KUALA KRAI - Hasrat permulaan misi banjir yang dimulakan di laman
sosial Facebook akhirnya tersebar dan mendapat perhatian kenalan dan
rakyat Malaysia menyumbang hingga mencecah RM200,000.
Anak kepada Ahli Parlimen Ketereh, Azzahraa Annuar berkata, kutipan dana dilakukan hanya melalui laman sosial dan mendapat perhatian kenalan terdekat dalam dan luar negara.
"Pada malam banjir mulai naik, saya dan keluarga mengambil inisiatif mengeluarkan barang yang disayangi di dalam rumah untuk dihantar kepada mangsa banjir.
"Itu permulannya dan satu perkara luar jangka apabila dalam masa dua minggu, dana semakin meningkat sehingga sampai RM200,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Misi Cakna Rakyat Bersama Pengerusi Mara/Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, di sini, hari ini.
Turut membantu, isteri Annuar, Puan Sri Rosniah Abdul Rahman.
Ahli keluarga lain yang turut membantu adalah Afiq Amani, Azzwa, Ajjrina, Amir Abdillah Shabarudin, Syed NorKhairul Izwan dan Mohd Irizul Shah.
Azzahraa berkata, kutipan untuk bantuan banjir diteruskan biarpun kedua ibu bapanya berada di Tanah Suci Mekah ketika itu.
"Bukan sahaja kewangan, mulanya kami menerima bantuan barangan lebih 10 tan dan dihantar menggunakan tiga lori ke kawasan banjir.
"Kami lebih bersemangat kerana diberi kepercayaan rakan taulan yang secara spontan menjadi penderma, malah kami gembira kerana memberi kepercayaan untuk bantuan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, beberapa kampung di Kuala Krai dipilih termasuk Kampung Laloh, Karangan, Manjor dan Pemberian yang terjejas banjir.
"Orang tahu saya orang Bukit Marak, tetapi orang tidak tahu Kampung Laloh adalah tempat saya membesar, yang mana Abuya dan Ummi, ada madrasah sendiri dan mengajar al-Quran di sini.
"Saya terpanggil untuk membantu orang kampung sekitar Laloh dan terkejut melihat keadaan sini semasa dan selepas ditenggelami air," katanya dalam nada sebak semasa berucap pada perasmian misi bantuan banjir.
Turut bersama, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.
Katanya, Karangkraf turut menyumbangkan al-Quran dan menggerakkan program Aktifkan Rumah Ngaji serta program #KitakanIslam di Kampung Lakloh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan