Harussani Zakaria
KUALA LUMPUR - Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pemimpin membela
nasib rakyat apatah lagi yang baharu sahaja ditimpa musibah, kata Mufti
Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau berkata, walaupun berlainan ideologi, Islam mengajak umatnya bersatu bukannya berpecah-belah.
“Berbeza pandangan itu perkara biasa tetapi bukan sampai menyusahkan rakyat. Islam mengajak semua bersatu dan ini mungkin masa yang paling sesuai untuk Pas dan Umno bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya ketika mengulas cadangan kerajaan campuran di Kelantan bagi membolehkan proses pembangunan semula.
Katanya, setiap pemimpin diingat berpegang amanah yang diberi agar tidak mementingkan peribadi sahaja.
“Insya-ALLAH langkah ini mampu membantu rakyat khususnya di Kelantan membina kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu sangat baik dilakukan ketika ini di mana rakyat terjejas mahukan pembelaan sewajarnya bukan lagi berdepan dengan sebarang masalah.
“Rakyat penat dan sedih dengan kemusnahan dialami dan mereka harapkan ada bantuan segera untuk memulakan kehidupan," katanya.
Tambahnya, ini bukan masa bercakap tentang kepentingan ideologi tetapi mengenai pembangunan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan