HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Januari 2015

Jual beli pakaian seragam polis dan tentera tanpa wilayah boleh dikenakan tindakan

 THE MALAYSIAN INSIDER


 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata sebarang penjualan atau pembelian pakaian seragam polis atau tentera oleh individu yang tidak bertauliah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata pihaknya akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat mana-mana premis atau individu seluruh negara yang menjual pakaian seragam berkenaan tanpa kebenaran bagi mengelakkan disalah guna individu tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai warga asing menjual pakaian seragam polis dan tentera tanpa sekatan.


"Tidak ada kedai atau tukang jahit yang boleh jual pakaian seragam polis atau tentera jika tidak diberikan autoriti," katanya kepada pemberita di Subang Jaya, hari ini. – Bernama

Tiada ulasan: