HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Januari 2015

MB: Sedia kerjasama dengan Pusat laksanakan projek terbengkalai

Oleh: NAEEM RAFFI


IJOK- Dakwaan Selangor enggan bekerjasama dengan Putrajaya dalam pembangunan projek kendalian Kerajaan Pusat adalah tidak benar.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata sebaliknya Kerajaan Pusat sendiri bersikap enggan bekerjasama.

Pecah Tanah di Kota Puteri Ijok-MB (9)

“Kita ada jawatankuasa Tindakan Negeri melihat kemajuan projek, mereka enggan memberi kerjasama, tidak mahu datang mesyuarat, tidak berikan senarai projek” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas majlis perasmian pecah tanah Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 5, Kota Puteri di sini, hari ini.

“Jadi macam mana kita hendak tinjau?, dakwaan Noh Omar itu satu pembohongan dan tidak benar sama sekali,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar mahu beliau turun padang meninjau projek tergendala.

Projek itu adalah pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT) dengan kos RM120 juta di Subang dan projek bangunan tambahan Maktab Pegawai Polis di Hulu Selangor.

“Saya bersedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan mereka perlu tentukan wakilnya siapa,” katanya.EZY

Tiada ulasan: