HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Januari 2015

QZ8501: BASARNAS temui lokasi baharu tumpahan minyak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
JAKARTA: Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menemui lokasi baharu tumpahan minyak yang dipercayai daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
 
Ketuanya, Marsekal Muda F Henry Bambang Soelistyo, berkata lokasi itu masih berada di sektor utama pencarian iaitu di kawasan Selat Karimata di mana serpihan dan mayat mangsa nahas ditemui.
 
"Kita lihat ada tumpahan minyak di sana," katanya semalam.
 
Daerah yang menjadi sektor keutamaan adalah lokasi lokasi penemuan semua mayat semalam.
 
Sementara itu, Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS) menyatakan kawasan mencari diperluaskan hari ini berikutan kemungkinan serpihan pesawat QZ8501 hanyut lebih daripada 200 batu nautika manakala helikopter akan menumpukan pencarian sepanjang pesisir selatan Kalimantan.
 
"Berikutan angin kencang, ombak dan arus, kami memperluaskan kawasan mencari kepada 210 batu nautika," kata Leftenan Kolonel Tentera Udara, Johnson said.
 
Sejumlah 21 mayat ditemui semalam, termasuk dua yang masih mengenakan tali pinggan keledar, menjadikan keseluruhan 30 mayat.
 
Beberapa serpihan kecil pesawat turut ditemui tetapi tiada petunjuk berhubung kedudukan kotak hitam. - Reuters

Tiada ulasan: