ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan disaran mempertimbangkan semula
penggunaan telefon bimbit di sekolah memandangkan ia adalah keperluan
dan tuntutan semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri,
Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata penggunaan telefon kini mustahil
untuk disekat dan fokus harus diberi kepada penggunaan telefon secara
positif.
"Sebab ibu bapa nak berkomunikasi dengan anak-anak, komunikasi dalam
erti kata telefon atau cuma sms. Jadi saya berpendapat sudah sampai
masanya pihak kementerian meluluskan telefon untuk panggilan dan sms,
WhatsApp, Facebook tu tak perlu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis sambutan 31 anak Kedah penuntut
Universiti Malaysia Kelantan yang terjejas banjir di Lapangan Terbang
Sultan Abdul Halim di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas isu video buli pelajar sekolah di Alor Setar
yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, Tajul Urus berkata setakat
ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri berkenaan hal itu.
Semalam, beberapa portal dalam talian menyiarkan video minit yang
menunjukkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar
lain di dalam sebuah bilik darjah kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan