MALAYSIAKINI
Ketika mara ke tahun baru, Malaysia juga pada masa yang sama menyongsong
arah dan terkebelakang beberapa dekad dalam aspek-aspek tertentu, kata
Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam mesej tahun barunya hari ini, veteran Umno itu berkata, 2014
menjadi "tahun yang dahsyat" dan masa depan juga kelihatan tidak begitu
bersinar.
Ini katanya ekoran politik perkauman dan agama yang semakin buruk.
"Berbanding negara-negara jiran, kita terbelakang beberapa tahun," kata anggota parlimen Gua Musang itu.
"Ketika memasuki tahun baru, kita diingatkan bagaimana kita telah jauh
ketinggalan daripada matlamat asal dari segi ekonomi, politik dan
pembangunan sosial oleh pemimpin kita enam dekad lalu."
Razaleigh juga menyenaraikan bencana yang berlaku tahun lepas, daripada
tiga kali nahas udara sehingga kes tanah runtuh yang meragut nyawa di
Cameron Highland.
Justeru, kata Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, 2014 tahun yang "sedih dan mengerikan untuk semua rakyat Malaysia".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan