Kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS),
Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? : Dengan kenaikan kos
sara hidup hari ini, bukan sahaja golongan bekerjaya mula menghadapi
tekanan bahkan kalangan pelajar universiti dan kolej juga tidak
terkecuali untuk sentiasa berjaya dengan bahang kenaikan kos sara hidup
di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.
Pelajar universiti dan kolej hari ini
bukan sahaja menghadapi kekurangan dana dek kerana berita yang diumumkan
sendiri oleh PTPTN Malaysia mengatakan jumlah pembiayaan dan pinjaman
bagi kemasukan pelajar baru bagi sesi 2015/2016 ini akan mula berkurang
sebanyak 5% bagi pelajar IPTA dan 15% bagi pelajar IPTS. Ini sekaligus
bakal memberikan tekanan kepada para pelajar yang sentiasa bergantung
harap kepada pinjaman PTPTN bagi menampung kos perbelanjaan yang tinggi
terutamanya IPTS di Malaysia.
Aduan Yuran Universiti (IPTA, IPTS) Yuran Asrama Naik Lagi 2015?
Dan beberapa aduan yang mula diterima
Berita Semasa yang mana kalangan pelajar sudah mula gusar dengan notis
yang diterima mereka yang mana yuran universiti, yuran asraa dan
yuran-yuran lain bakal naik semuanya gara-gara GST 6%?
Ini kerana walaupun pendidikan
dikecualikan daripada pembayaran GST 6% tetapi kos operasi pengurusan
dan pembekalan yang bakal bertambah disebalik pelaksanaan GST ini bakal
menyebabkan beban kos yang naik itu akan dipulangkan semula kepada para
pelajar mellaui kenaikan yuran universiti naik, yuran asrama naik dan
lain-lain lagi.
Bagi Berita Semasa sendiri kegusaran
kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), yuran asrama naik lagi ini
berasas, kerana jikalau anda merujuk kepada laporan Berita Semasa pada 1
Disember 2015 seperti di bawah ini di mana kerajaan Malaysia telah
bertindak memotong sejumlah Bajet Pendidikan pada pembentangan Bajet
2015 yang lalu ditambah pula dengan bebanan disebalik pelaksanaan GST
yang bermula hari ini.
KLIK SINI : Bajet Universiti 2015 Dipotong RM1.046 Bilion (12.36%). Kenaikan
Yuran IPTA Naik 2015? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?
P/S : Tahun 2015 dan seterusnya, baik
bagi pelajar baru mahupun pelajar lama haruslah mula merancang daripada
awal pengurusan kewangan anda daripada mula pengajian supaya
pembelajaran tidak terus terganggu dengan bebanan kewangan yang dihadapi
anda kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan