Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Perpecahan Pakatan Rakyat memang tidak dapat dielakkan jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menunjukkan kecenderungannya ‘bermesra’ dengan UMNO dan BN.
Situasi retak menanti belah Pakatan kesan sikap Abdul Hadi itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng apabila ditanya pemberita di parlimen hari ini.
(Hadi Awang kini berada di antara dua, Pakatan atau BN?)
Guan Eng menjelaskan sikap Abdul Hadi itu jelas apabila beliau keberatan menyatakan sokongan terbuka kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini kembali ke parlimen sekaligus bertindak sebagai Ketua Pembangkang.
“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.
“Ini menunjukkan tubuh (Hadi) masih bersama Pakatan, hatinya pula bersama UMNO,” kata Guan Eng dipetik Malaysiakini.- Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan