Zainal Abidin Osman Zainal Abidin Osman
 
 
 
PERMATANG PAUH - Kegagalan PKR mengemukakan manifesto kepada ​pengundi Permatang Pauh didakwa menunjukkan parti itu tidak mempunyai perancangan ​untuk membangunkan kawasan ini.

Pengerusi Umno ​Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan P​​R ​bahawa kerajaan negeri m​ampu membantu menjaga kawasan ​itu bukan alasan yang bertanggungjawab untuk ​mengelak menyediakan aku janji kepada pengundi.

Menurutnya,​penduduk Permatang Pauh berhak mengetahui perancangan yang akan dilakukan oleh calon PKR ​jika menang pilihan raya ini selain ​membuat perbandingan dengan manifesto ​BN.

"Rakyat nak tahu khidmat ​y​ang boleh diberikan​, pembangunan ​yang akan dibawa jika menjadi ahli parlimen nanti.

"Kegagalan menyediakan manifesto seolah-olah mempermainkan pengundi di sini dan mereka seperti tidak ada fokus untuk Permatang Pauh,"​ ​ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN ​Pulau Pinang, Teng Chang Yeow​.