HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Mei 2015

Tun M: Orang Melayu khuatir tentang masa depan


Tun M: Orang Melayu khuatir tentang masa depan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Program Khas Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Sinar Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
 
 
 
KUALA LUMPUR - Orang Melayu kini semakin resah dengan keadaan masa depan negara yang semakin membimbangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti di negara ini.

"Hari ini saya dapati orang Melayu khuatir akan masa depan mereka. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana di Malaysia ini semua orang Melayu beragama Islam‎.

"Perlembagaan negara menentukan seseorang itu hanya Melayu sekiranya dia Islam.‎.. Kalau tidak Islam, tidak Melayulah seseorang itu," katanya pada Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, rakyat Melayu seharusnya mengekalkan kesatuan serta mengelakkan perpecahan kerana ia merupakan asas perhubungan serta kepercayaan dalam Islam.

"Kita bernasib baik dan sepatutnya tidak ada perpecahan. Kita adalah Ahli Sunnah Waljamaah. Kepercayaan dan pegangan kita adalah sama.

"Demokrasi adalah sistem pentadbiran yang baik kerana  ia berasaskan majoriti rakyat. Cara inilah yang kita suka," katanya lagi.

Tiada ulasan: