MALAYSIAKINI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh menjadi pengantara
untuk syarikat nuklear gergasi Perancis, Electricite de France (EDF)
meluaskan perniagaannya di Asia.
Dalam dakwaan terbarunya, pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola
Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) berkata, "pembabitan strategik" Dr
Mahatir dengan EDF didedahkan satu pihak di Paris, Perancis.
Pengerusi CAGM, Md Zainal Abidin berkata, pembocor rahsia berkeanan
mempunyai butiran bagaiman Dr Mahathir terbabit dalam usaha berkenaan.
"Berdasarkan butiran disediakan pembocor rahsia itu, peranan Dr Mahathir
ialah sebagai pemudah cara untuk melicinkan kemasukan EDF ke rantau
Asia, terutama Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini CAGM turut menyasarkan Dr Mahathir dalam beberapa isu lain tetapi menafikan hanya 'memburu' bekas pedana menteri itu semata-mata.
Ada kaitan Sarawak Report
Md Zainal Abidin berkata, mereka akan mengalih tumpuan kepada Datuk Seri
Najib Razak selepas selesai menangani dakwaan terhadap Dr Mahathir.
CAGM baru ditubuhkan sebulan lalu dan mendakwa mempunyai seramai kira-kira 2,000 ahli.
Kata Md Zainal Abidin, pembocor rahsia itu memberitahu CAGM syarikat
Tanjong Group menguasai aset EDF bernilai AS$307 juta (RM1.13 bilion) di
Mesir hasil campur tangan Dr Mahathir.
"Anak syarikat Tanjong Group yang memiliki stesen janakuasa Mesir kini dimiliki 1MDB," katanya.
Pihak terbabit juga mendakwa Dr Mahathir bersekongkol dengan Andrew Brown yang juga suami kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Andrew Brown adalah bekas wartawan yang kini menjadi pegawai strategi media EDF.
"CAGM mengalu-alukan reaksi Dr Mahathir berhubung dakwaan pembabitan dengan EDF ini," katanya.
Bagaimanapun, anehnya di sebalik usaha mengaitkan Dr Mahathir dengan EDF
dan pasangan suami isteri Brown itu, Md Zainal Abidin tidak
mencadangkan bahawa bekas perdana menteri berkenaan melakukan sebarang
salah laku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan