MALAYSIAKINI
Kira-kira 500 lagi pendatang tanpa izin dipercayai pelarian Rohingya
berada di Danok, Thailand dan dikesan cuba memasuki negara ini.
Ketua Polis daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata hasil
maklumat risikan awal yang dilakukan Polis Kubang Pasu, kesemua pelarian
terbabit cuba menggunakan laluan Bukit Kayu Hitam untuk masuk ke negara
ini.
Ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kubang Pasu di
Kubang Pasu hari ini, beliau berkata polis diarahkan supaya meningkatkan
kawalan keselamatan di sempadan dengan Pasukan Gerakan Am, Unit
Pencegah Penyeludupan dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam melakukan rondaan
serta memantau kawasan sempadan.
"Setakat ini Kubang Pasu tiada apa-apa lagi, ini semua menjurus di
Padang Besar. Selepas penemuan mayat dan kubur di kem Wang Kelian, tidak
ada apa-apa kemasukan lagi. Belum ada kemasukan dari Danok ke Bukit
Kayu Hitam, mereka pun mungkin tidak berani lagi," katanya.
Mengulas isu pembabitan polis dalam kes pemerdagangan manusia, Abd Rahim
berkata polis tidak akan berkrompomi dengan mana-mana anggota yang cuba
membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini.
Dalam perhimpunan bulanan itu, lima pengamal media menerima penghargaan
daripada IPD Kubang Pasu iaitu Mohd Khairul Fikri Osman daripada
Bernama, Hasnah Jusid (Bernama), Oh Chin Eng (The Star), Noor Faizal
Ghazali (Sinar Harian) dan Ng Eng Boon (Sin Chew Daily).- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan