Kit Siang
PENDANG - DAP mendakwa konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal apabila kerajaan membenarkan
perhimpunan bersifat perkauman pada 16 September lalu.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, penganjuran Himpunan Baju Merah
itu menidakkan inisiatif diperkenalkan Najib melalui slogan 1Malaysia.
Beliau mendakwa Himpunan Bersih 4.0 jauh lebih baik berbanding baju merah yang kelihatan bersifat perkauman.
“Sepatutnya semua rakyat tanpa mengira kaum meraikan sambutan
pembentukan Hari Malaysiahari berkenaan,” katanya selepas menghadiri
program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan
kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar
Kepayang, di sini, semalam.
Menurutnya, himpunan itu bukan mempertahankan maruah Melayu tetapi
lebih kepada mempertahankan kedudukan segelintir individu khasnya
Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyifatkan cetusan idea Najib
untuk melaksanakan Pergerakan Kesederhanaan Global juga gagal.
“Mana ada kesederhanaan kalau kerajaan boleh mempertahankan apa yang berlaku dalam sambutan Hari Malaysia itu.
“Kita memang pertahan hak kebebasan untuk berhimpun, tetapi bukan untuk
menggugat, mengugut atau menakutkan perasaan perkauman,” katanya.
Pada masa sama Kit Siang menyifatkan kenyataan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pemimpin MCA dan Gerakan lebih
berani bersuara kepada pucuk pimpinan adalah memalukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan