KELAB GREENBOC
Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir
Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan
meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.
A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 pagi semalam.
Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam
tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu
mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian
membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.
"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya. -SH
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan