Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu tindakan tegas diambil terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu lalu jika terbukti mereka menyalahi peruntukan undang-undang.
"Kita tidak menghalang mereka untuk terlibat dalam apa-apa perhimpunan atau aktiviti.
"Apa yang penting, kalau terbukti ada dikalangan mereka yang melanggar undang-undang, mereka perlu di ambil tindakan," kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara di pusat beli-belah di ibu negara hari ini.
Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling, Khairy menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa.
"Biar pihak polis siasat," kata Khairy.
Sementara itu mengulas desakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin agar amalan provokasi perkauman dihentukan, ini jawapan Ahli Parlimen Rembau itu: "Iyalah, sudah pasti kalau ada apa-apa provikasi perkauman mesti kita hentikan. Kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum, dan sebagainya."
Rabu lalu beberapa pertubuhan Melayu mengadakan Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Himpunan dihadiri kira-kira 45,000 orang itu juga diadakan sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan