HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 September 2015

MCA bidas pihak anggap Bersih 4 didominasi Cina



MCA bidas pihak anggap Bersih 4 didominasi Cina  OLEH KC NAZARI Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sesetengah pihak melabelkan Bersih 4 sebagai perhimpunan kaum tidak baik untuk negara memandangkan Malaysia terdiri sebuah negara pelbagai kaum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.MCA bidas pihak anggap Bersih 4 didominasi Cina OLEH KC NAZARI Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan sesetengah pihak melabelkan Bersih 4 sebagai perhimpunan kaum tidak baik untuk negara memandangkan Malaysia terdiri sebuah negara pelbagai kaum. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa agar orang ramai mengelak daripada melihat himpunan Bersih 4 sebagai satu himpunan yang didominasi kaum Cina semata-mata. Menurutnya, pemikiran demikian tidak molek buat Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya ingin nyatakan di sini, tidak ada kena mengena dengan kaum.

"Saya tak mahu sesetengah pihak melabelkan ia perhimpunan kaum. Ini tak baik untuk negara kita," kata menteri pengangkutan itu selepas pelancaran Konvoi Kembara Kasih di Putrajaya, hari ini. 
 
 Menurutnya, beliau menghormati pendirian mana-mana individu yang mahu menzahirkan pandangan mereka selagi ia berada dalam kerangka undang-undang yang sah.
 
"Kita rakyat berbilang kaum, sesiapa sahaja berhak keluarkan pandangan dan tindakan tetapi perlulah berlandaskan undang-undang sebuah negara demokratik berperlembagaan," katanya.
 
Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam tamat tengah malam tadi walaupun pada asalnya mendapat pelbagai halangan daripada pihak berkuasa tempatan serta polis yang mengisytiharkan himpunan itu tidak sah.
 
Kementerian Dalam Negeri di saat-saat akhir mengumumkan T-shirt "Bersih 4" berwarna kuning sebagai haram di bawah satu warta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
 
Sementara itu, Liow enggan mengulas lanjut kenyataan senator MCA iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon yang memberi kebenaran kepada pelajar universiti bagi menyertai Bersih 4 pada 28 Ogos lalu.
 
Menurutnya, perkara itu akan diperhalusi dahulu di peringkat parti.
 
"Saya tak mahu bincang secara luas dalam media. Ini hal parti," katanya.
 
 

Tiada ulasan: