HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2015

Parti Amanah akan terus perkukuh pembangkang – Anwar

KEADILAN DAILY

 

KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional dengan satu matlamat yang sama, kata Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.

Anwar-mahkamah

“Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP; dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan berkongsi matlamat yang sama.

“Fokus kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik,” kata Anwar dalam perutusan melalui peguamnya, semalam.

Beliau mengulas pengumuman bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai pembentukan Amanah pada Isnin lalu.

Tiada ulasan: