"Itu (kos kerosakan) saya serahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi bil (kepada penganjur Bersih). "Selepas itu (para peserta) kencing di merata tempat seperti di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit.Semua akan kita bilkan dan akan buat dalam minggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Sepang, hari ini.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 1 September 2015
Penganjur Bersih 4 akan terima bil kos pembersihan dalam minggu ini
THE MALAYSIAN INSIDER
Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menghantar
bil kos pembersihan bernilai RM65,000 kepada penganjur perhimpunan
Bersih 4 dalam waktu terdekat, kata menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan
(gambar, kiri). Beliau berkata jumlah berkenaan adalah kos pembersihan bagi perhimpunan
yang berlangsung di bandaraya Kuala Lumpur sahaja dan tidak termasuk
kos kerosakan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.
"Itu (kos kerosakan) saya serahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi bil (kepada penganjur Bersih). "Selepas itu (para peserta) kencing di merata tempat seperti di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit.Semua akan kita bilkan dan akan buat dalam minggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Sepang, hari ini.
Mengenai kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada
perhimpunan Bersih itu, Rahman berkata : "Kehadiran Tun M sangat
mengecewakan."
"Saya lihat (Tun M) seorang yang sangat marah. Seorang yang marah tidak
dapat berfikir dengan waras. Mungkin Tun M boleh berjumpa dengan pihak
ketiga," katanya.
Perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad diisytiharkan polis sebagai
haram anjuran kumpulan yang mendakwa perhimpunan itu antara lain
bertujuan memperjuangkan pilihan raya yang adil serta kerajaan yang
bersih. – Bernama,
"Itu (kos kerosakan) saya serahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi bil (kepada penganjur Bersih). "Selepas itu (para peserta) kencing di merata tempat seperti di pokok bunga, belakang bangunan, bawah tangga dan dalam parit.Semua akan kita bilkan dan akan buat dalam minggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Sepang, hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan