Johor Bahru: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk
Ab Ghani Daud meninggal dunia selepas rebah ketika solat Jumaat di
Masjid Taman Impian Emas, di sini, tengah hari tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, memaklumkan arwah sebelum itu tergelincir ketika mengambil wuduk sebelum dibantu oleh jemaah lain di masjid berkenaan.
"Imam masjid memaklumkan kepada kami, selepas tergelincir arwah memberitahu dia hendak meneruskan solat. Bagaimanapun, ketika mengangkat takbir arwah rebah," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan