Oleh Kuo Yong Kooi
"Mensejahterakan kehidupan rakyat" merupakan tema Belanjawan 2016 kesemuaannya dilapis dengan gula-gula secara terus terang.
Apabila pengucapan bajet perdana menteri Datuk Seri Najib Razak habis dibentang pembangkang membantah menghulurkan sepanduk "di mana RM2.6 billion" itu hilang?
Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui bajet digunakan supaya piliha raya Sarawak dapat dimenang
PM begitu bermurah hati meningkatkan BR1M 2015 sebanyak 50 ringgit seorang
Apa yang ditambahkan itu semuanya sudah ditengelam
dibakar dalam enjin kereta dengan begitu senang
Lampu-lampu hiasan di Sri Perdana terus menyala terang
Rakyat miskin terpaksa mengikat perut selama setahun dengan tambahan RM50 seorang
Jet peribadi pemimpin terbang seperti biasa walaupun negara kekurangan wang
Banyak wang perlu digunakkan untuk serviskannya supaya tidak menjunam bila terbang
Kesihatan rakyat merosot dari udara yang dicemari jerebu yang berulang-ulang
kesihatan rakyat digadai kerana pemimpin kita sebagai pengerusi Asean berdiam
Perdana menteri sepatutnya jualkan sahaja dua kapal selam
untuk membeli banyak helikopter pengebom air supaya api kebakaran dapat dipadam.
Yang kaya dengan miskin jauhnya jurang
Rakyat yang miskin terpaksa ke jalan raya berdemo teriak melantang
Belanjaan yang ditingkatkan itu terpaksa dipinjam jika harga petroleum menjunam
keadaan kewangan negara kita turut terkekang.
Gabungan Pakatan Rakyat pun tertengelam
PAS dan DAP masih tidak berhenti serang-menyerang
Bilakah kita dapat lihat kekukuhan gabungan pembangkang?
Supaya dapat mengambil alih Putrajaya dengan senang.
Nasib negara bagai jerebu di waktu siang
kitalah yang memilih wakil rakyat yang kuat temberang
mengapalah kita senang ditipu berulang-ulang?
satu hari nanti kita mungkin akan faham.
Senarai nama rakyat yang bermuflis begitu panjang
pemimpin mengunakan wang rakyat dengan begitu senang
rakyat akan menderita nanti dengan pembayaran faedah hutang
senang meminjam sekarang nanti keadaan negara terkekang
* Kuo Yong Kooi merupakan penyajak tamu di glombng.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan