Najib seorang pemimpin yang keliru. Beliau tidak memahami yang seorang
pemimpin yang baik tidak akan ada banyak perancangan yang tidak dapat
dilaksanakan. Sekarang Najib telah menunjukkan yang beliau seorang
pemimpin yang lemah dari awal lagi dan beliau tidak sepatutnya menjadi
Perdana Menteri. Tetapi tidak tahu mengapa Dr Mahathir beriya-iya benar
hendak melihat Najib menjadi Perdana Menteri walaupun hakikatnya barisan
kepimpinan UMNO sudah kekosongan kepimpinan. Malahan sesiapa sahaja di
antara mereka yang ada dalam badan pentadbiran UMNO yang tertinggi tiada
siapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang boleh dianggap
tindakan yang berkepimpinan.
Sesungguhnya kita semua boleh belajar dari kelemahan dan ketidak-mampuan
Najib memimpin negara sekarang ini. Ada juga hikmahnya dengan sikap dan
kelemahan Najib itu. Hikmahnya kita dapat belajar untuk membetulkan
pandangan kita terhadap seorang yang kita anggap berkepimpinan tetapi
sesungguhnya ia hanyalah nilai yang sangat 'superficial' sahaja.
Di negara-negara maju etika kepimpinan itu amat ketat dan tinggi
nilainya. Seseorang itu tidak akan diangkat menjadi pemimpin dan Perdana
Menteri jika sebelum menjadi Perdana Menteri itu terdapat dan
kedengaran isu-isu yang boleh memalitkan nama baik kepimpinan dan
negara. Di Britain pada tahun 2006, David Blunkett, Menteri dalam
Negerinya telah hilang jawatannya hanya kerana kesalahan etika dan bukan
pun kesalahan yang kriminal. Blunkett telah mempercepatkan proses
permohonan permit kerja bagi amah kepada teman wanitanya dalam masa yang
singkat. Setelah dipersoalkan maka Blunkett telah meletakkan jawatan
dari Menteri Dalam Negeri negara itu.
Seorang lagi ahli parlimen di utara London telah dipotong gajinya kerana
kesalahannya menggunakan setem kelas satu apabila menghantar surat
kepada ramai pengundinya. Setem kelas pertama di London itu ialah setem
yang membolehkan surat yang kita kirim itu sampai pada hari yang sama
sedangkan seorang ahli parlimen hanya dibenarkan menggunakan setem kelas
dua sahaja. Itu pun menjadi kesalahan etika yang besar dan ahli
parlimen tersebut telah diambil tindakan disiplin parlimen dan beliau
telah didenda dengan memotong elaun dan gaji beliau melebihi dari jumlah
nilai setem kelas pertama yang digunakan beliau.
Kenapa negara-negara maju seperti ini mempunyai taraf etka yang tinggi
seperti ini? Jawapannya mudah. Ia disebabkan sifat tanggungjawab
terhadap wang rakyat dan kedudukan yang mereka pegang itu adalah
kedudukan dan jawatan untuk memberi khidmat kepada rakyat tanpa mencuri
dan mengambil kesempatan terhadap wang rakyat itu. Kereta resmi seorang
Menteri tidak digunakan untuk pergi ke upacara-upacara yang tidak resmi
seperti acara politik dan sebagainya tetapi jika lihat di sini seorang
Menteri itu menggunakan kereta resmi untuk pergi ke acara-acara anjuran
parti seperti mesyuarat cawangan UMNO dan sebagainya.
Di negara kita usaha mendidik kepimpinan kita dengan etika yang sangat bersih ini untuk dijadikan budaya dalam kepimpinan tidak pernah dilakukan atau pun dimulakan. Kebanyakan kepimpinan kita tidak tahu membezakan tugas politik dan tugas parti. Tugasan dan jawatan dalam kerajaan itu dijadikan sebagai hiasan diri untuk menunjukkan keangkuhan dan kebesaran diri sendiri dari melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dengan rendah diri dan jujur. Kebanyakan pemimpin kita bukan memegang jawatan itu diatas rasa tanggungjawab dan melaksanakan amanah negara tetapi hanya sebagai memenuhi impian besar sebagai 'social climbers' yang berjaya semata-mata.
'Ultimate' mereka hanyalah untuk berpuas hati dengan kejayaan 'social climbing' mereka sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan