shahbudindotcom
Apabila
Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menyelesaikan
secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan
sewajarnya terhadap pihak yang terlibat, sehingga ini belum kedengaran
lagi sebarang reaksi daripada pemimpin UMNO mengenainya.
Najib
diam, Zahid Hamidi diam, Tengku Adnan (kerabat juga ni??) diam dan
Ahmad Maslan juga diam. Pendeknya, semua dalam UMNO seolah-olah tidak
melihat saranan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang penting dan
bernas, walhal rasanya inilah pertama kali Raja-Raja Melayu bersuara
dalam soal yang melibatkan kerajaan.
Apakah pemimpin UMNO tidak menganggap gesaan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang serius?
Selama
ini tidak pernah Raja-Raja Melayu mahu masuk campur dan menyerahkan
sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah menyelesaikan sendiri segala
kemelut yang mereka hadapi.
Tetapi,
pelbagai rentetan dalam 1MDB yang sudah pun berlaku terang-terang di
depan mata rakyat, tentulah akhirnya menjadi antara sebab yang
menggerakkan hati Raja-Raja Melayu untuk segera melakukan gesaan
tersebut.
Rakyat
bukan saja menjunjung kasih, bahkan rata-rata lega dengan kenyataan
Raja-Raja Melayu itu dan mula menaruh harapan agar segera ada "cahaya di
hujung terowong" berkaitan penyiasatan1MDB kerana sejak kebelakangan
semua itu seolah-olah bakal berlapuk dalam fail saja.
Hanya pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan DAP yang pantas memberi reaksi terhadap saranan pihak istana itu.
Menteri
Besar Selangor, Azmin Ali lantas menggesa kerajaan mengambil serius
teguran Raja-Raja Melayu itu manakala Timbalan Presiden Pas, Tuan
Ibrahim Tuan Man menuntut segera dihidupkan semula pasukan petugas khas
yang telah "dimatikan" sebelum ia benar-benar berperanan sebelum ini.
Lim
Kit Siang pula mahukan Parlimen memperuntukan dua hari dalam sidang
Parlimen akan datang ini bagi membincang dan membahaskan permintaan
Raja-Raja Melayu itu.
Tetapi
daripada sekian pemimpin pembangkang yang menyambut baik apa yang
dilakukan oleh Raja-Raja Melayu itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh
Mahfuz Omar terlihat agak berani, berterus terang dan tepat "mengena ke
dahi" Perdana Menteri.
Namun,
apabila meneliti satu persatu ayat yang dikeluarkannya itu, tidak ada
rakyat yang bebas dan merdeka yang tidak bersetuju dengannya.
Antara intipati kenyataan Mahfuz Omar ialah:-
-
memohon Raja-Raja Melayu bertindak lebih keras dengan segera memecat
Perdana Menteri dan Peguam Negara susulan kontorversi 1MDB yang terus
berpanjangan.
-
Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institus Raja-Raja tercalar dan
institusi awam yang berdiri atas nama Diraja bertindak berasaskan
canpurtangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara
sekarang.
- menyifatkan pentadbiran negara sekarang tidak ubah seperti perjalanan pentadbiran sebuah kumpulah mafia.
-
dalam kumpulan mafia, siapa yang lawan ketua akan ditembak tetapi dalam
politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan
sebagainya.
Hakikatnya, sesiapa yang mengenali Mahfuz tentulah tidak hairan dengan kenyataan atau ayat-ayat yang dipilihnya itu.
Cumanya,
ketika ini adalah musim Najib menyaman orang. Sudah ramai yang
disamannya dengan yang terbaru ialah bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong
Sik.
Apakah
ungkapan kata Mahfuz kali ini, terutama berkaitan mafia dan pemimpin
korup akan mendorong Najib turut menghantar surat saman kepadanya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan