RAJINA DHILLON
Lima kanak-kanak gelandangan dikatakan menumpang teduh di pencawang elektrik di Sibu. Foto hiasan TRP
KUALA LUMPUR, Polis menemui lima kanak-kanak gelandangan yang sedang berteduh di pencawang elektrik sejak beberapa bulan yang lalu di Sibu.
Menurut laporan The Borneo Post, lima
kanak-kanak itu dikatakan dari Pakan, Song dan Kanowit, dengan status
ibu bapa mereka dipercayai sama ada mati atau telah bercerai.
Memetik laporan berita terbabit, Timbalan
Ketua Polis, Supritenden Martin Koo berkata kelima-lima mereka berasal
daripada keluarga yang berpecah belah dan mereka berada di pencawang
elektrik itu sekadar menumpang teduh dan tidak melakukan sebarang
kesalahan mencuri.
Lingkungan umur yang paling dewasa adalah
23 tahun, manakala tiga daripada lima mereka masing-masing berusia 10,
11 dan 12 tahun, yang dilaporkan pernah ditahan beberapa kali kerana
menghidu gam.
Pemeriksaan polis di tempat pencawang
elektrik itu dilakukan berikutan aduan kakitangan Sesco Berhad bahawa
terdapat gelandangan yang tinggal di situ.
Kelima-lima mereka dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan berbau.
Polis berkata, mereka telah dibawa dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut laporan itu lagi, dipercayai ada
juga gelandangan lain yang turut tinggal di situ, bagaimanapun mereka
tidak ditemui sebaik pihak polis tiba.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan