Chong Sin Woon berkata
kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India di Malaysia adalah pendatang
sebenarnya tidak mencabar maruah orang Cina sekalipun terdapat
segelintir orang Melayu marah kerana maruah mereka tercabar. Foto fail
TRP/ Azrol Ali
KUALA LUMPUR, Isu-isu seperti insiden di Plaza Low Yat, Himpunan Baju Merah, kenyataan yang menyifatkan orang Cina dan India sebagai pendatang hanyalah cubaan memainkan isu perkauman semata-mata.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata
kenyataan dan seruan seperti itu sebenarnya tidak mencabar maruah orang
Cina sekalipun terdapat segelintir orang Melayu marah kerana maruah
mereka tercabar.
Menurutnya, sekalipun isu-isu berkenaan
melibatkan orang Cin namun ia tidak mencabar maruah mereka kerana faham
dan sedar majoriti orang Melayu di negara ini adalah rakyat yang baik
serta yakin budaya Melayu adalah sangat sopan yang bertunjangkan ajaran
Islam yang adil.
“Jadi isunya di sini adalah wujud
segelintir orang yang memainkan isu ini menjadikan isu perkauman dan
sebagai ahli politik kita boleh mainkan isu orang Cina tetapi kita tidak
melakukannya.
“Semua pihak harus faham negara sudah 58 tahun merdeka dan tidak ada ruang untuk orang yang rasis di negara ini.
“Berhentilah melaga-lagakan antara satu
sama lain dan pergilah ke Sabah dan Sarawak dan lihat sendiri semangat
1Malaysia yang ada di sana,” katanya sewaktu berucap pada Perhimpunan
Agung Tahunan Pemuda MCA di Wisma MCA di sini hari ini.
Tambah Timbalan Menteri Pendidikan itu
lagi, tuntutan untuk menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
atas alasan menyebabkan ketegangan kaum tidak benar sama sekali.
Jelasnya, SJKC sudah wujud sejak sekian
lama dan sekiranya benar ada ketegangan kaum lihatlah di Sabah Sarawak
yang punyai ratusan SJKC.
“Di sana ada banyak SJKC tetapi tidak
berlaku sebarang insiden perkauman sekaligus membuktikan bahawa punca
kepada ketegangan antara kaum.
“MCA tidak akan bersetuju dengan tuntutan
untuk menghapuskan SJKC dan meminta agar jangan jadikan sekolah
pelbagai aliran inj sebagai isu perkauman.
“Kita sebagai rakan komponen BN bersetuju
untuk menambahkan lagi program integrasi kaum di negara ini dan jangan
bersifat ekstrem dengan menghapuskan SJKC dan menghalang hak untuk
belajar bahasa ibunda mereka,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan