BERNAMA
Anak panda betina yang dilahirkan di GPCC Zoo Negara, pada 18 Ogos lalu. - Foto arkib Bernama
KUALA LUMPUR, Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dijangka dapat dilawat oleh orang ramai dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat
Lana berkata, pihak zoo sedang membuat persediaan, termasuk
menyesuaikan anak panda itu dengan keadaan yang bakal dilaluinya kelak,
apabila dilawat oleh orang ramai.
“Liang Liang (ibu panda) pada masa ini
sudah mampu untuk melepaskan anaknya selama satu jam sehari di bilik
pengasingan. Zoo Negara akan menambah tempoh masa pengasingan kepada
minimum dua jam sehari, sebagai persediaan untuk tatapan umum,” katanya
kepada Bernama.
Katanya lagi, anak panda tersebut kini
genap dua bulan dan berada dalam keadaan sihat, dengan penambahan berat
badan yang menghampiri 5 kilogram.
“Dia (anak panda) sudah boleh berlari
dalam kandang. Berat pun bertambah menghampiri 5 kilogram, tompok di
badan pun sudah penuh,” katanya lagi.
Dalam
perkembangan lain, Rosli berkata, Liang Liang dan Xing Xing juga berada
dalam keadaan sihat dan sudah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling.
Anak panda betina itu dilahirkan pada 18 Ogos lepas, di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), di zoo tersebut.
Ia akan dihantar pulang ke negara asal
selepas dua tahun berada di sini, manakala ibu dan ayahnya akan terus
menetap di sini selama 10 tahun, mengikut perjanjian antara kerajaan
Malaysia dan China.
Xing Xing dan Liang Liang yang
dipinjamkan Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas, sebagai
simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan
Beijing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan