HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2015

Pegawai Rosmah siar gambar dalang krisis UMNO

 
Sebagai jawapan, Rizal Mansor memuat naik gambar Tun Dr Mahathir bersama beberapa tokoh UMNO yang lain.


rizal-mansor,umno


PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor memberi jawapan dalang sebenar yang mencetuskan krisis dalam UMNO.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau memuat naik keping gambar yang dikaitkan dengan kenyataannya.

“Siapakah yang mencipta krisis sehingga borang UMNO dibuat bungkus nasi lemak?

Jawapan ada dalam gambar kedua,” tulisnya.

Ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa tokoh UMNO yang lain yang mengkritik dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib meletak berundur baru-baru ini.

Bagaimanapun, di ruangan komen, Rizal tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dimuat naiknya.
Sebaliknya membiarkan pengikutnya meluahkan pandangan masing-masing.

Tiada ulasan: